Kelas Asas Microsoft Power Point: Membuat Jadual Belajar

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

PI Sibuti telah mengadakan kelas asas Microsoft Office Power Point yang bertemakan “Membuat Jadual Belajar”. Kelas ini mensasarkan kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah. Objektif utama kelas tersebut adalah untuk membantu para pelajar menyiapkan diri menghadapi penggal baharu persekolahan. Selain itu, seiring dengan hasrat kerajaan melahirkan generasi pelapis pakar ICT, kelas itu juga diselitkan berkenaan asas internet khasya penggunaan carian Google dengan efektif. Secara tidak langsung, para peserta dapat meningkatkan kemahiran asas ICT mereka.

Sebelum berlangsungnya kelas berkenaan, para peserta terlebih dahulu mendengar penerangan tentang topik “Buli Siber”. Buli siber adalah satu gejala tidak sihat yang semakin menular dalam kalangan anak muda kini. Seiring dengan itu, kesedaran tentang bahayanya buli siber haruslah diterapkan daripada sekolah rendah lagi agar gejala ini dapat dihentikan dan seterusnya melahirkan generasi pelapis yang sihat dan berdaya saing. Program tersebut telah diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 7 orang peserta yang telah menyertai kelas berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali